August 13, 2011

Atasi Pujuk Rayu Lelaki


Cinta, sayang, janji sehidup semati adalah ungkapan yang selalu membuatkan manusia hilang pertimbangan. Bahkan, ada yang sanggup mengorbankan maruah diri demi mendapatkan sesuatu yang tidak pasti. Justeru, tip kali ini memberikan panduan kepada wanita agar lebih rasional dalam membuat pilihan keputusan hidup agarselamat dari kehancuran masa depan.
Apabila anda bercinta dengan pasangan anda pastikan dia seorang yang mampu menjalankan tanggungjawab secaragentlemenbukan sahaja di hadapan anda tetapi juga dihadapan wali anda.
Perasaan sayang dancintaadalah naluri yang dikurniakan Tuhan untuk anda gunakan dengan betul dan sesuai pada masa danorangnya. Jangan dek kerana perasaan itu anda kecundang sebelum berjuang.
Wanita yang berakal waras dan mempunyai jiwa yang kuat akan sentiasa meletakkan tanggungjawab terhadap agama dan ibu bapa sebagai satu keutamaan. Jika tidak fikirkan untuk kepentingan masa depan.
Janji yang ditaburkan oleh golongan lelaki yang berselindungdi sebalik mulut yang manisperlu diselidiki dengan baik dan memberikan masa untuk anda menilai dengan iman dan takwa bukannya penilaian luaran semata-mata.
Budi baik yang ditunjukkan melalui perbuatan fizikal, pujukan mulut yang bermada sertataburan harta yang melimpah ruah belum pasti dapat menjanjikan kebahagianyang diharapkan berkekalan dalam perkahwinan.
Lelaki yang bertanggungjawab tidak akan melakukan perkara yang dikeji kerana takutkan Tuhan dan sentiasa barhati-hati dalam perbuatan dan perkataan agar tidak membawa perhubungan yang merosakkan.
Wanita yang bijaktidak akan sama sekali termakan pujuk rayu yang mengasyikkan. Sebaliknya, sentiasa meletakkan kepentingan agama dan adat ketimuran sebagai langkah memulakan kebaikan dalam kehidupan.